Tuesday, June 13, 2017

Pengarah Syarikat Didenda RM 4,000 kerana gagal mengemukakan Penyata Cukai Syarikat di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967

Image result for PENGARAH SYARIKAT DIDENDA RM 4,000 KERANA GAGAL MENGEMUKAKAN PENYATA CUKAI SYARIKAT DI BAWAH AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967

Georgetown, 6 April 2017 – Seorang pengarah syarikat didenda RM 4,000 atas kegagalan mengemukakan penyata cukai dalam Borang C di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.

Abdul Wahab Bin E S Mohamed Hanifa, 53 tahun yang merupakan Pengarah Syarikat Restoran Kapitan Sdn Bhd, didapati gagal mengemukakan Borang C bagi Tahun Taksiran 2013 dan 2014 berdasarkan hasil penemuan siasatan yang dijalankan.

Tertuduh menghadapi dua pertuduhan di bawah Seksyen 77A(1) dan Seksyen 112(1) Akta Cukai Pendapatan 1967 yang membawa kepada hukuman denda tidak kurang daripada RM200.00 dan tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Tertuduh mengaku salah terhadap kedua-dua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Tuan Mohd Amin Bin Shahul Hamid pada hari ini dan mahkamah telah menjatuhkan hukuman denda RM 4,000.00 dan jika gagal bayar 6 bulan penjara bagi setiap pertuduhan.

Pendakwaan dikendalikan oleh pegawai pendakwa LHDNM Puan Shoba Rajah a/p Dorai Rajah dan Encik Muhammad Firdaus Bin Sabri, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


Kenyataan Media LHDNM.