border: 3px solid #ffffff;

Tuesday, June 29, 2010

Kompaun dan Penalti oleh LHDN


Jumaat
September 30, 2011

Lewat Hantar Borang Cukai Pendapatan, Penalti 20-30 Peratus Akan Dikenakan

KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia akan mengenakan penalti antara 20 peratus dan 35 peratus terhadap pembayar cukai yang lewat atau gagal mematuhi penghantaran Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP).

Ketua Pegawai Eksekutif LHDN Datuk Dr Mohd Shukor Mahfar berkata pengenaaan penalti itu akan dilakukan mengikut tempoh kelewatan penghantaran BNCP, antara 12 bulan dan 36 bulan.

"Amaun penalti yang akan dikenakan tidak melebihi tiga kali ganda cukai yang dikenakan," katanya di dalam satu kenyataan di sini, Jumaat.

Beliau berkata LHDN memandang serius kesalahan yang dilakukan oleh pembayar cukai apabila lewat atau gagal mengemukakan BNCP mengikut tempoh yang ditetapkan.

Tindakan itu akan dikenakan di bawah Subseksyen 112(3) Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967 melalui arahan terbaharu, yang merupakan pembaikan kepada arahan sebelum ini untuk menghasilkan peningkatan dalam pematuhan penghantaran BNCP mengikut tempoh.

Ia berkuatkuasa pada 1 Jun, 2011.

BERNAMA

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
ULASAN & PANDANGAN

PANDANGAN = Mereka yg tergesa2 melaksanakan Akta ini memang KURANG BIJAK ATAU TERLAMPAU TERDESAK. (Bukan semua setuju)

Peruntukkan Seksyen 112(3) memang dah ada, tapi Bulan Jun baru nak kuatkuasakan atau digunakan.

Seksyen 112(3) ... Penalti lambat bayar. Melebihi 3 tahun ... 35%
Seksyen 107 ... Penalti terkurang nyata dan terkurang bayar

Itu belum masuk ... kesilapan membuat pengiraan cukai dan seterusnya dikesan oleh pihak LHDN ... 25% ke 60% dari nilai kesilapan ... walaupun ianya bukan disengajakan atau tiada niat melakukan.

Kesannya :

a. Kalau Cukai Berbayar adalah RM100,000 ... maka penalti adalah RM20,000 ke RM35,000. ... banyak tu ....


b. Penalti yg dikenakan merupakan kos yg tidak boleh ditolak (perbelanjaan dibenarkan - Unallowable Expenses) ... maksudnya kalau dalam membuat pengiraan cukai ... perbelanjaan penalti ini tidak boleh ditolak sebagai kos.

Dalam bahasa lain ... kita bayar penalti ini ... tapi tak boleh tolak cukai ... bayar sia2 sahaja.



Tujuan perlaksaan seksyen ini ... adalah menambah kecekapan dan pungutan .... namum ianya haruslah munasabah. Kesilapan atau kegagalan mungkin berlaku walaupun cuba dielakkan. Memberi peluang dengan kadar penalti yang rendah ... seperti kesalahan pertama atau kedua mungkin boleh dipraktik.


Sepatutnya pihak LHDN perlu lebih agresif dengan :


a. memberi panduan, pembelajaran dan pengetahuan secukupnya kepada rakyat terutama selepas perlaksanaan Sistem Taksiran Sendiri. Pengetahuan dan ilmu adalah amat penting dalam mendidik Pembayar Cukai.

b. memberikan kadar kompaun pada kadar yg munasabah pada peringkat awal ... bagi tujuan pendidikan ... jangan sampai begini ... terus 20% ke 35% ... macam ini senanglah kerja ...

c. Khidmat Mesra Pelangga dan Pegawai Yang Terlatih dalam menyelesaikan sesuatu isu pertanyaan berkenaan Cukai. Malah pertanyaan melalui email ... wajar dititik beratkan.


p/s : Ada sesetengah pihak mengatakan membayar CUKAI adalah HARAM ... tak tahu ler ...