Thursday, December 13, 2012

Pamela Anderson Tidak Bayar Cukai


Pamela Anderson Berdepan Tindakan Undang-Undang Gara-Gara Tidak Bayar Cukai

LONDON: Aktres dan model Pamela Anderson kini berdepan tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat selepas gagal melunaskan cukai taksiran.

Laman web dailystar.co.uk melaporkan, menurut satu senarai yang dikeluarkan Francais Lembaga Cukai di sana, bintang itu tidak melunaskan cukai pendapatannya yang berjumlah RM1.6 juta (GBP327.4 ribu).

Selain Anderson, penyanyi lagenda Lionel Richie turut tersenarai kerana berhutang cukai sejumlah RM3.362 juta (GBP687 ribu).