JOHOR BAHRU – Lembaga Hasil
Dalam Negeri (LHDN) disaran menubuhkan pasukan khas bagi memantau syarikat yang
menjalankan perniagaan pemasaran bertingkat (MLM) dan peniaga dalam talian yang
beroperasi di negara ini.
Menteri Perdagangan Dalam
Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek berkata, pasukan khas itu
bertujuan memastikan usahawan MLM dan peniaga dalam talian melaksanakan
pembayaran cukai.
“LHDN patut mempunyai pasukan khas untuk pantau
syarikat MLM dan perniagaan dalam talian sama ada mereka ada membayar cukai.
“Mereka perlu jalankan tanggungjawab membayar
cukai seperti perniagaan berdaftar supaya sama-sama membantu kerajaan,” katanya
pada sidang media selepas merasmikan Program Francais Komuniti Zon Selatan di
Galleria@Kotaraya, di sini, semalam.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan,
Penerangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Md Jais Sarday.
Hasan berkata, peniaga dan pengusaha perlu diberi
pendedahan mengenai tanggungjawab masing-masing dalam melaksanakan pembayaran
cukai bagi membantu meningkatkan pendapatan negara.
“Kita perlu pupuk tanggungjawab sosial korporat
ini dalam kalangan peniaga supaya ada semangat saling menyokong dan membantu,”
katanya.
Sementara itu, Hasan berkata, kerajaan mensasarkan
pendapatan membabitkan industri francais dikutip sebanyak RM24.3 bilion tahun
depan berbanding RM23.6 bilion tahun lalu.
“Sehingga Rabu lalu, sejumlah 676 syarikat
francais yang terdiri daripada pelbagai sektor telah didaftar di negara ini.
“Industri ini telah memberi sumbangan besar pada
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara di mana sejumlah RM23.6 bilion
berjaya dikutip melalui sektor ini tahun lalu,” katanya.
Katanya, kerajaan menyediakan Skim Pinjaman Kecil
Francais (SPKF) dengan tawaran pembiayaan mikro sehingga RM50,000 bagi membantu
usahawan tempatan menceburi industri francais.
“Kerajaan berhasrat menggalakkan lebih ramai
masyarakat menceburi perniagaan francais untuk memperbaiki taraf hidup dan
mengimbangi pendapatan dengan kenaikan kos sara hidup.
“Ia juga dapat membantu syarikat francais
mengembangkan perniagaan dengan memperkenalkan konsep modal lebih kecil,”
katanya.
Komen
CP58
1. Pengenalan
Berkuatkuasa 1 Januari 2012, Seksyen
83A Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967) mengenakan tanggungjawab kepada
syarikat-syarikat untuk menyerahsimpan kepada LHDN penyata bayaran insentif
melalui Borang CP58. Keperluan baharu ini terpakai kepada semua Syarikat
termasuk Syarikat asing dan cawangan asing yang beroperasi di Malaysia tetapi
tidak termasuk individu-individu yang menjalankan perniagaan atau di bawah
perkongsian.
2. Definisi
Borang CP58
adalah merupakan penyata bayaran insentif berbentuk wang tunai dan bukan wang
tunai kepada Ejen, Pengedar atau Pengagih(Seksyen 83 Akta Cukai Pendapatan 1967).
Ejen,
Pengedar atau Pengagih adalah mana-mana orang yang telah dilantik samaada secara
bertulis atau lisan, dan syarikat pembayar memberi insentif kepada Ejen, Pengedar
atau Pengagih atas jualan produk/perkhidmatan yang dilakukan bagi pihak
syarikat pembayar. Pihak penerima adalah individu atau Syarikat / Badan Orang yang bermastautin di Malaysia.
3.
Jenis
insentif
a)
Insentif
berbentuk wang tunai
i)
Komisen
/ bonus
Bayaran berdasarkan kepada pencapaian
prestasi jualan produk atau perkhidmatan oleh ejen, pengedar atau pengagih,
sama ada yang ditetapkan di dalam kontrak ataupun tidak.
ii)
Lain-lain
Bayaran
tunai selain daripada komisen / bonus seperti insentif, subsidi, diskaun,
baucar tunai, ansuran tunai ke atas insentif yang diterima dalam bentuk
barangan seperti kenderaan, rumah, perabot dan komputer; serta dalam bentuk
bayaran seperti sewa, rebat, bayaran bil-bil utiliti dan seumpamanya yang
diterima berdasarkan pencapaian prestasi jualan produk atau perkhidmatan oleh
ejen, pengedar atau pengagih.
b)
Insentif
berbentuk bukan wang tunai
i)
Kenderaan
atau Rumah
Amaun yang perlu dinyatakan
adalah bersamaan amaun sebenar yang dibelanjakan
boleh syarikat pembayar untuk
insentif tersebut.
ii)
Pakej
pelancongan / perjalanan
·
Nilai
pakej penuh yang terdiri daripada tiket perjalanan, penginapan, makanan dan
minuman; atau
·
Nilai
bagi:
-
tiket
perjalanan;
-
penginapan;
-
makanan
dan minuman; atau
-
mana-mana
kombinasi insentif di atas.
Apa-apa
bayaran sebagai gantian kepada insentif yang diterima juga merupakan insentif
yang perlu dilaporkan mengikut bahagian
yang dinyatakan di atas. Contohnya, pakej penuh pelancongan yang digantikan
dalam bentuk wang tunai kepada ejen, pengedar atau pengagih hendaklah
dilaporkan dalam jenis insentif (a) (ii).
4.
Industri
yang terlibat
Antara industri yang terlibat adalah:
i)
Industri Lelong;
ii)
Industri Insurans;
iii)
Individu MLM; dan
iv)
mana-mana idustri perniagaan yang melantik ejen atau
pengedar yang diberi insentif sama ada dalam bentuk wang atau barangan.
5.
Tarikh
akhir mengemukakan borang CP58
Tahun
taksiran
|
Tarikh
akhir pengemukaan
|
2011
|
31 Mei 2012
|
2012 dan berikutnya
|
31 Mac tahun berikutnya
|
Bermula
tahun berakhir 31 Disember 2012 hingga tahun-tahun berikutnya, syarikat pembayar
perlu menyediakan CP58 hanya sekiranya amaun insentif melebihi RM5, 000.
6.
Kompaun
Kegagalan
menyediakan borang CP58 kepada ejen, pengedar atau pengagih sebelum tarikh
akhir penghantaran akan dikenakan kompaun tidak kurang RM200 hingga tidak lebih
RM2, 000 atau pengarah akan dipenjara tidak lebih 6 bulan atau kedua-duanya
sekali.