To : mr.radzi@yahoo.com
Subject : Tidak declare tax
SOALAN
As-salam, Saya dah bekerja selama 8 tahun tapi x pernah declare tax. tapi PCB ada potong setiap bulan selama tempoh saya bekerja. Adakah saya akan didenda jika declare sekarang. Saya ada cuba isi efiling, nampaknya byk lebihan bayar. Adakah saya tetap akan didenda walaupun saya menyumbangkan jumlah cukai yang lebih?
JAWAPAN
Salam Puan, Terima kasih atas soalan yang diberi.
Setiap Individu yang menerima sebarang pendapatan di dalam Malaysia perlu mengisytiharkan pendapatan tersebut kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berdasarkan Seksyen 77A(1) Akta Cukai Pendapatan 1967.

Untuk makluman, penalti boleh dikenakan ke atas Individu yang gagal untuk mengisytiharkan pendapatan mereka kepada LHDN atas kesalahan tidak mengembalikan Borang Nyata Cukai Pendapatan dibawah Seksyen 112(1), Akta Cukai Pendapatan 1967.
Sekiranya selepas Puan menghantar borang cukai dan mempunyai lebihan bayaran daripada hasil potongan PCB yang telah dibuat, maka Puan bolehlah menuntut semula lebihan tersebut daripada LHDN. Pihak LHDN akan memulangkan lebihan bayaran tersebut setelah segala penolakan termasuk Cukai Perlu Dibayar bagi setiap Tahun Taksiran dan penalti lambat hantar dan bayar(sekiranya ada Cukai Perlu Dibayar).
Sekadar untuk makluman, walaupun Puan menyatakan bahawa Puan telah membuat bayaran lebih, tetapi pihak LHDN akan menyemak semula dan mengemaskini status kedudukan cukai Puan dahulu. Jika mereka bersetuju bahawa terdapat lebihan bayaran, maka barulah mereka akan memulangkan lebihan bayaran tersebut.

Selain itu, jika Pihak Puan merupakan penjawat awam, Puan akan menghadapi kesulitan ketika bersara disebabkan oleh tidak pernah menghantar Borang Cukai ke LHDN.
Oleh itu, adalah dinasihatkan kepada Puan supaya menghantar Borang Cukai bagi mengelakkan sebarang masalah dikemudian hari. Semoga jawapan ini dapat membantu.

Terima kasih.