Kuala Lumpur: Mahkamah Sesyen, di
sini, semalam menjatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM10,000 terhadap
bekas Pengarah Operasi Tabung Kebajikan dan Pendidikan E-Pendidikan Genius,
kerana menipu untuk mendapatkan pengecualian cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN),
enam tahun lalu.
Hakim Nasir Mohd
Nordin menjatuhkan hukuman itu terhadap Hishamsol Othman, 43, selepas dia
mengaku bersalah terhadap pertuduhan berkenaan.
Mengikut pertuduhan,
dia didakwa menipu Ng Suat Hon, seorang daripada pemilik syarikat Zamrud
Enterprise dengan memperdayakannya untuk mempercayai dia menyumbang RM200,000
dalam tabung berkenaan dan boleh mendapat pengecualian cukai LHDN, sedangkan
tertuduh mengetahui Zamrud Enterprise tidak layak ditawarkan pengecualian cukai
berdasarkan Warta Kerajaan bertarikh 25 Oktober 2007.
Kesalahan itu didakwa
dilakukan di Tabung Kebajikan dan Pendidikan E-Genius, Suite 17.2, Tingkat 17,
Bangunan MAS, Jalan Sultan Ismail di sini, jam 2 petang, 30 November 2007.