Khidmat Kami

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

                                         

Kami terdiri daripada beberapa orang dan rakan yang BERPENGALAMAN dan BERKEMAMPUAN di dalam bidang-bidang seperti:

* Perakaunan (Accounting) - ketetapan MASB dan FRS (Piawaian Perakaunan M'sia).
* Pengauditan (Auditing) - Swasta, Badan Berkanun dsb.
* Hal Ehwal Perniagaan Tunggal (Entp), Partnerships, Syarikat Sdn. Bhd., Koperasi dsb.
* Percukaian (Syarikat, Individu, Koperasi, Yayasan dsb) - Amalan, Pematuhan & Tips2
* Perunding (Consultant) - Due Diligence Review, Share Valuation, Take-over Company dsb.


AKAUN & AUDIT BERKANUN
                                                        Image result for account & Audit
  • Adalah menjadi tanggungjawab Syarikat untuk menyediakan Akaun Kewangan Syarikat bagi membolehkan ia diaudit. Kami menyediakan laporan kewangan dan menjalankan audit, mengikut piawaian perauditan yang diluluskan. Kami akan memastikan segala maklumat adalah RAHSIA dan SULIT.

PENYATA KEWANGAN

Penyata Kewangan yang disediakan termasuklah :

* BALANCE SHEET (Kunci Kira-kira)
* INCOME STATEMENT (Penyata Untung Rugi)
* GENERAL LEDGER (Lejar Am)
* GENERAL JOURNAL (Lejar Journal)
* BANK RECONCILIATION (Penyata Penyesuaian Bank)
* FIXED ASSETS SHEDULE (Penyata Harta dan Susutnilai)

 Kami menyediakan perkhidmatan perakaunan melalui konsep secara "Accounting On-line' iaitu menggunakan kaedah internet sebagai medium perantaraan. Penyata Kewangan akan disediakan secara berkomputer dan akan mengandungi maklumat-maklumat seperti yang dikhendaki oleh Akta mahupun Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Disamping itu pengguna akan memperolehi Penyata Kewangan mereka secara konsisten dan boleh dipercayai. Walau dimana mereka berada termasuklah sedang bercuti, mereka akan tetap tahu akan status kewangan mereka. Penyata Kewangan yang disediakan terdiri dari pelbagai bentuk seperti dalam bentuk percetakan (hardcopy) atau dalam bentuk 'softcopy' seperti Microsoft Excell, PDF Format dan lain-lain bentuk yang difikirkan sesuai.


 KELEBIHAN :

* Kos Yang Minima dan Termampu
* Mengurangkan Kos Pengurusan dan Pentadbiran
* Mempertingkatkan Kawalan dan Pengurusan Kewangan
* Penyata Kewangan Yang Berkualiti dan Boleh Dipercayai
* Memudahkan Pekara dan Urusan Berkaitan Dengan Audit dan Juga Cukai
* Penyata Kewangan Disediakan Mengikuti Polisi dan Amalan Perakaunan diguna Pakai Di M'sia.
* Membantu Pemilik Perniagaan atau Syarikat Dalam Merancang Cukai Pada Peringkat Awal(Individu atau Syarikat).



Melalui kaedah & perkhidmatan yang kami tawarkan ianya akan merupakan satu cara penjimatan kos yang efektif berkesan. Setiap entiti perniagaan seperti Enterprise atau Syarikat Sdn. Bhd. tidak lagi risau dan rungsing didalam urusan penyediaan Penyata Kewangan yang lengkap dan teratur. Dengan kos bulanan yang minima sebanyak RM100 - RM350, sesebuah Syarikat atau Perniagaan dapat menjimatkan kos dengan ketara disamping dapat mengawal aktiviti kewangan dan pengurusan dengan lebih cekap dan berkesan.


 TANGGUNGJAWAB PERNIAGAAN ATAU SYARIKAT :

* Membuat pembayaran setiap awal iaitu RM350 sebulan.
* Menghantar salinan lengkap senarai dokumen seperti Senarai Wang Masuk dan Senarai Wang Keluar yang dikhendaki melalui e-mail atau cara yg difikirkan sesuai. (Hanya senarai lengkap sahaja).
* Menghantar salinan Penyata Bank (jika ada) setiap bulan.
* Menghantar maklumat-maklumat yang berkaitan dengan urusan perakaunan.


 TANGGUNGJAWAB KAMI :

* Menyediakan Penyata Kewangan setiap bulan sehingga tamat tempoh perjanjian.
* Menghantar Penyata Kewangan secara e-mail atau cara yang difikirkan sesuai setiap bulan.
* Menyimpan segala maklumat sebagai RAHSIA dan SULIT.

Terma dan Syarat akan dinyatakan didalam perjanjian bersama (Letter of Engagement).

BIDANG BERKAITAN :


A. PENGAUDITAN  Syarikat Sdn. Bhd., Koperasi, Pertubuhan,Yayasan dan Audit Khas (Specialise Audit).



B. PERAKAUNAN  Sistem Perakaunan Berkomputer yang lengkap bagi semua jenis perniagaan dan Industri dengan kadar yang amat berpatutan. Kami juga menyediakan perkhidmatan menaiktaraf Sistem Perakaunan yang sedia ada bagi mengikut kesesuaian perniagaan anda.



PERTUBUHAN SYARIKAT

                                                 Image result for tubuh syarikat
  • Penubuhan Syarikat jika dibandingkan dengan penubuhan firma perniagaan adalah melibatkan prosedur yang lebih rumit dan menggunakan kos yang lebih tinggi. Kami menyediakan perkhidmatan penubuhan Syarikat Sdn. Bhd. baru. Syarikat yang ditubuhkan adalah mengikut tujuan dan kehendak perniagaan anda.
  • Antara pakej yang ditawarkan adalah: 
         
PAKEJ 1 RM2,200
PAKEJ 2 RM2,500
PAKEJ 3 RM3,100
PAKEJ 4 RM4,600
3 set Borang 9, 24, 44, 49 dan M & A (Disahkan oleh Setiausaha Syarikat)

1 pilihan Pencarian Nama

1 Resolusi untuk membuka Akaun Bank

Perlantikan 2 orang Pengarah

Perlantikan 2 orang Pemegang Saham

Pencarian Laporan & Kebankrapan untuk 2 orang

Penyediaan Alamat Berdaftar adalah PERCUMA

Cop Syarikat

5 set Borang 9, 24, 44, 49 dan M & A (Disahkan oleh Setiausaha Syarikat)

5 pilihan Pencarian Nama

1 Resolusi untuk membuka Akaun Bank

Perlantikan 4 orang Pengarah

Perlantikan 4 orang Pemegang Saham

Pencarian Laporan & Kebankrapan untuk 4 orang

Penyediaan Alamat Berdaftar adalah PERCUMA

Cop Syarikat

5 set Borang 9, 24, 44, 49 dan M & A (Disahkan oleh Setiausaha Syarikat)

5 pilihan Pencarian Nama

1 Resolusi untuk membuka Akaun Bank

Perlantikan 4 orang Pengarah

Perlantikan 4 orang Pemegang Saham

Pencarian Laporan & Kebankrapan untuk 4 orang

Penyediaan Alamat Berdaftar adalah PERCUMA

Cop Syarikat

5 set Borang 9, 24, 44, 49 dan M & A (Disahkan oleh Setiausaha Syarikat)

5 pilihan Pencarian Nama

1 Resolusi untuk membuka Akaun Bank

Perlantikan 4 orang Pengarah

Perlantikan 4 orang Pemegang Saham

Pencarian Laporan & Kebankrapan untuk 4 orang

Penyediaan Alamat Berdaftar adalah PERCUMA

Cop Syarikat


Pendaftaran MyCOID:
1.    KWSP – Syarikat & Pekerja
2.    PERKESO – Syarikat & Pekerja
3.    LHDN – Cukai Syarikat (Borang C, E, dan EA)
Pendaftaran MyCOID:
1.   KWSP – Syarikat & Pekerja
2.   PERKESO – Syarikat & Pekerja
3.  LHDN – Cukai Syarikat (Borang C, E, dan EA)


Pendaftran dengan Kementerian Kewangan & Taraf Bumiputera:
1.  Fi MOF
2.    Borang & Proses Fi
3.    Afa
4.    Percetakan, Alat Tulis & Stamp
5.    Pesuruhjaya Sumpah
6.    CTC untuk Dokumen Setiausaha
7.    Lain2 kos


PENASIHAT DAN PERUNDING CUKAI

                                          Image result for penasihat dan perunding cukai

  •  KHIDMAT NASIHAT DAN LATIHAN Menyediakan khidmat latihan dan seminar terhadap Syarikat terutamanya Sistem Kawalan Dalaman, Penstrukturan Perniagaan, Khidmat Nasihat Pengurusan dsb. 
  • PERCUKAIAN Menyediakan khidmat nasihat didalam Cukai Perniagaan, Cukai Individu, Cukai Koperasi dan sebagainya. Merancang dan memaksimumkan penjimatan cukai sebaik mungkin dan mengadaptasikan peruntukkan Undang-undang yang sedia ada.

Adalah menjadi tanggungjawab setiap Syarikat untuk sentiasa mengemaskini Penyata Akaun Kewangan. Borang Penyata Cukai adalah dokumen yang diperlukan oleh setiap perniagaan iaitu pembayar cukai untuk diserahkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).


SETIAUSAHA SYARIKAT

                                              Image result for setiausaha syarikat
  • Syarikat mematuhi pelbagai peraturan berkanun. Oleh itu, khidmat Setiausaha Syarikat adalah penting untuk memastikan Syarikat terus mematuhi segala peraturan dan akta yang ditetapkan sama ada semasa penubuhan mahupun selepas penubuhan.

SECRETARIAL (SETIAUSAHA SYARIKAT) Menyediakan perkhidmatan Setiausaha Syarikat yang diluluskan (Approved Company Secretary) mengenai pekara-pekara pematuhan, amalan dan polisi Akta Syarikat, 1965 termasukklah :

* Registered Company Secretary - Menguruskan kerja dan hal-ehwal Syarikat seperti yang termaktub di dalam Akta
* Company Formation (Penubuhan Syarikat Baru)
* Buy Shelf Company and Take-over Company
* Advisory dan Consultancy of Company - Khidmat runding dan Nasihat berkenaan Syarikat
* Penyediaan dan Pemfailan Penyata Berkanun (Statutory Returns) seperti AGM, EGM dsb
* Merancang dan menghadiri mesyuarat Pengarah dan Pemegang Saham
* Penyediaan Notis, Minit, dan Resolusi
* Memberi nasihat dan bantuan mengenai pelaksanaan tindakan korporat seperti terbitan hak, terbitan bonus dan pengurangan modal
* Kursus dan Seminar

Kadar caj perkhidmatan biasa adalah dalam lingkungan RM60 hingga RM100 dan tambahan bonus. Kami tidak akan mengenakan sebarang caj kepada pelanggan kami di atas penggunaan alamat sebagai Register Office (Alamat Berdaftar).


CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN (GST)

                                             Image result for gst

Kami di RADZI & CO. menyediakan perkhidmatan yang sewajarnya bagi membantu syarikat-syarikat yang layak mendaftar GST. Kami memiliki kakitangan terlatih dalam menguruskan pelaksanaan dan membantu menyelesaikan permasalahan berkenaan GST seperti :-

  • Membantu mendaftar syarikat mereka
  • Membantu syarikat melaksanakan sistem GST
  • Menyediakan latihan dan servis membuat akaun
    • Pengenalan mengenai kod cukai GST
    • Menyemak akaun syarikat
    • Penghantaran Borang GST-03 kepada Jabatan Kastam DiRaja Malaysia 
  • Memberi penerangan dan nasihat mengenai IMPLIKASI GST di dalam perniagaan
  • Kursus dan Seminar




RADZI & CO. NF 1002 (CHARTERED ACCOUNTANTS)
Tel : 06 - 677 3001, 677 5001
Facsimile : 06 -679 3001
E-mail : radziandco@yahoo.com
Website : www.radziandco.com

Mohd. Radzi Lasim (CA (M))
Tel : 019 -300 7730
E-mail : mr.radzi@yahoo.com