Mulai tahun depan, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan menumpukan usaha kepada siasatan bagi jenayah dalam percukaian.
Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr Mohd Shukor Mahfar berkata ini bermakna LHDN mungkin mengambil tindakan mengheret syarikat atau individu yang lewat atau tidak menyerahkan borang cukai ke mahkamah.
"Sebelum ini, jika ada orang yang lewat atau gagal hantar borang, kita hanya mengambil tindakan sivil dan mengenakan penalti,” katanya kepada pemberita di sini semalam.
Beliau berkata kes akan dibawa ke mahkamah jika syarikat atau individu gagal menghantar borang dalam tempoh ditetapkan, yang merangkumi semua kategori termasuk e-filing.
“Kita akan melihat rekod sama ada pembayar cukai itu selalu lakukan kesalahan atau sebaliknya, apa yang penting ialah pembayar cukai mesti serahkan borang.
Komen
Di sini dapat dilihat bahawa undang-undang pembayaran cukai di Malaysia telah dikemaskinikan. Sebelum ini, sesiapa yang lewat atau tidak membayar cukai cuma akan dikenakan penalti atau kompaun. Tapi kini, mereka yang melakukan jenayah cukai atau "Tax Crime" ini akan dikenakan tindakan yang lebih agresif oleh LHDN dengan mendakwa mereka yang bersalah di mahkamah.
Para pembayar cukai haruslah berhati-hati selepas ini kerana jika tidak, mereka harus membayar nilai cukai yang lebih sekaligus akan merugikan mereka. Pembayar cukai haruslah mengambil tahu tentang status pembayaran cukai mereka dan sentiasa mengemaskinikan dokumen-dokumen yang relevant dengan cukai. Segala tarikh dan juga amaun pembayaran haruslah sentiasa di'update' agar memudahkan proses pembayaran cukai.