“Situasi ini terbukti dengan kewujudan pembayar cukai yang tidak jujur dengan mengamalkan amalan tidak beretika termasuk menyembunyikan pendapatan, inflasi perbelanjaan dan pemalsuan akaun.
“LHDN akan mengambil langkah lebih proaktif seperti pendakwaan jenayah dengan hukuman teruk dan penjara jika sabit kesalahan,” kata jurucakap LHDN Cawangan Sibu dalam kenyataan yang difakskan ke sini semalam.
Ini adalah antara perkara yang akan dibentangkan dalam topik khas ‘Paving the Way for Criminal Tax Investigation in 2013’ pada Seminar Cukai Kebangsaan 2012 yang dijadualkan berlangsung di Hotel RH di sini, pada 18 Oktober depan.
Seminar yang dianjurkan oleh Kesatuan Pegawai LHDN Hasil Dalam Negeri juga memperkenal peserta kepada perbezaan antara penyiasatan cukai sivil dan jenayah. Peserta juga berpeluang memahami prosedur siasatan jenayah dan peruntukan yang berkaitan dalam Akta Cukai Pendapatan 1967, Kanun Tatacara Jenayah dan Akta Keterangan 1950 dengan lebih mendalam.
“Memahami dan mengamalkan penyimpanan rekod yang baik akan mengurangkan risiko penilaian dan penalti tambahan,” kata kenyataan itu.
Di samping itu, seminar terbabit juga akan memberi maklumat terkini dan wawasan Belanjawan 2013 kepada para peserta. Sehubungan itu, para penceramah yang bakal menyampaikan ceramah mereka nanti adalah terdiri daripada pegawai-pegawai kanan LHDN berpengalaman.
Seminar tersebut turut mengetengahkan perkara yang berkaitan penyiasatan cukai dan memberi pandangan mengenai perspektif LHDN. Pengamal cukai, penasihat, ejen, akauntan, juruaudit, perancang kewangan, peguam bela dan peguam cara dan orang ramai digalak hadir. Yuran penyertaan dikenakan sebanyak RM300 setiap seorang.
Komen
Apa yang dapat dilihat adalah LHDN telah mengemaskinikan undang-undang percukaian di Malaysia dan juga semakin serius dalam menangani masalah pembayaran cukai yang wujud. Ini berlaku disebabkan banyak penyelewangan yang berlaku berpunca daripada pembayar cukai yang tidak jujur di mana ada di kalangan mereka yang menyembunyikan pendapatan, memalsukan akaun, lari daripada ajen cukai dan banyak lagi.
Sebelum ini tindakan yang diambil bagi pesalah-pesalah yang disebut di atas adalah pembayaran penalti tambahan sahaja. Tapi kini, hukuman yang lebih berat seperti dipenjarakan turut akan dilaksanakan. Di harap dengan termeterainya undang-undang baru ini, para pembayar cukai akan lebih serius dalam menguruskan cukai mereka untuk mengelakkan kerugian kepada diri mereka sendiri dan juga pihak lain.