Pamela Anderson Berdepan Tindakan Undang-Undang Gara-Gara Tidak
Bayar Cukai
LONDON: Aktres dan model Pamela Anderson kini berdepan tindakan
undang-undang oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat selepas gagal melunaskan
cukai taksiran.
Laman web dailystar.co.uk melaporkan,
menurut satu senarai yang dikeluarkan Francais Lembaga Cukai di sana, bintang
itu tidak melunaskan cukai pendapatannya yang berjumlah RM1.6 juta (GBP327.4
ribu).
Selain Anderson,
penyanyi lagenda Lionel Richie turut tersenarai kerana berhutang cukai sejumlah
RM3.362 juta (GBP687 ribu).