KUALA LUMPUR: Tiga agensi
kewangan dan penguatkuasaan menjalinkan kerjasama strategik bagi meningkatkan
usaha mencegah jenayah kewangan, rasuah dan pengelakan cukai.
Kerjasama itu adalah antara Bank
Negara Malaysia (BNM) menjalinkan kerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Ia diputuskan melalui mesyuarat yang dihadiri
pimpinan tertinggi ketiga-tiga agensi itu, iaitu Gabenor BNM, Datuk Muhammad
Ibrahim, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad dan Ketua Pegawai
Eksekutif LHDN, Datuk Sabin Samitah, hari ini.
Muhammad berkata, kerjasama itu
akan membendung penyaluran hasil perolehan wang dan transaksi haram melalui
sistem kewangan negara.
"BNM menyambut baik komitmen
dan kerjasama dengan LHDN dan SPRM untuk mencegah jenayah kewangan.
"Perkara ini penting bagi
mengekalkan integriti dan keyakinan orang ramai terhadap sistem kewangan
Malaysia," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.